NAMA : FARIDAH BTE JAAFAR



NO MATRIK : D20102042317



TOPIK : SENI ANYAMAN

Sunday 20 November 2011

CARA MEMBUAT TIKAR MENGKUANG


Pengenalan 
Mengkuang merupakan tumbuhan dalam keluarga yang sama dengan pandan. Ia tumbuh liar di kawasan lembab dan berpaya. Biasa kita lihat mengkuang tumbuh di tepi-tepi sawah padi, tali air, paya dan sungai. Daun mengkuang berbentuk tirus memanjang dan berduri tajam pada bahagian tepi daun.

Proses membuat tikar mengkuang

 


1. Memilih dan memotong daun mengkuang mentah. Panjang daun yang dikerat bergantung kepada saiz tikar yang ingin dibuat. Biasanya ianya dipotong dalam ukuran 3 ½ kaki sehingga 8 kaki.

 Tikar Mengkuang atau Tikar Pandan

2. Selepas dipotong, duri tengah daun mengkuang tadi akan dibuang dengan menggunakan pisau kecil. Daun-daun yang dikerat berdasar anggaran tadi akan dikerat sekata sekali lagi berdasarkan saiz sebenar ukuran tikar yang akan dibuat













3. Kedua-dua belah duri tepi dibuang, daun mengkuang akan dibelah bergantung kepada saiz ‘bilah’ yang ingin dihasilkan.Selepas itu,bilah-bilah mengkuang atau mengkuang yang telah dikecilkan saiznya akan direbus untuk membuang klorofil.


 Sumpahan tok kadok: seni anyaman tikar mengkuang (PROSES ...


4. Mengkuang yang telah dinyah klorofil akan direndam ke dalam air selama 2 malam.Setelah direndam, bilah-bilah mengkuang akan dijemur sehingga kering selama satu atau dua hari. Bergantung kepada warna yang ingin dihasikan,bilah-bilah mengkuang sekali lagi akan direndam di dalam cecair pewarna untuk menghasilkan bilah-bilah yang pelbagai warna.



5. Sekali lagi,bilah-bilah yang telah diwarnakan dijemur dan dikeringkan. 

 


6. Seterusnya, tikar akan dianyam dalam pelbagai corak atau kelarai. Seorang tukang tikar yang mahir boleh menggabungkan 4 atau 5 kelarai dalam sebuah tikar. Tikar yang telah siap akan dikemaskan hujungnya dengan membuat cara ‘Lepih’ atau ‘Tulang Belut’. (rujuk gambar-gambar tikar diatas).